(Pengalaman Salih Al Mazi)

Mereka duduk dalam
kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.Al Mazy ternampak seorang
pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli
kubur yang lain.Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung,
gelisah kerana sedih.
Tidak berapa
lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan
saputangan. seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.Malaikat mendatangi para
ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam
dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam
seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri
tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk
semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum
dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih
mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi ?" tanya pemuda itu.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi ?" tanya pemuda itu.
"Ya aku
melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda
menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup
untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan
ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap
malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang
dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada
seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah kawin dengan suami
baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal
dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.Maka sedihlah si
pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima
hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda.
lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan
anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.Kemudian Al Maizy terjaga.
Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat
ibu pemuda tersebut.Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si
pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai
nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :"wahai salih
! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam
perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat
dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut
sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan karena
tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau
begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut.
Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar
dengan membawa uang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil uang ini dan sedekahkanlah untuk
anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan
bersedekah untuknya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil uang itu disedekahkannya kepada
fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang
tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu
malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk
solat jamaah.Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di
situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari
kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar
bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan
sangat gembira.Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu."
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu."
"Hadiah dari ibuku telah ku terima
pada hari jumaat." katanya lagi.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya ?"
"Jika burung-burung di udara berkicau
dan berkata "Selamat,selamat pada hari yang baik ini, ya’ni hari
Jumaat."
Salih Al Maizy
terjaga dari tidurnya.Ia cuba
mengingati mimpinya dan merasa gembira karena sipemuda telah mendapat rahmat
dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.